Bayi Maut | Anggota polis ditahan bantu siasatan

2022-07-27 0

Seorang lelaki yang juga anggota polis ditahan, bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang bayi lelaki berusia lapan bulan yang dipercayai didera ibu kandungnya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata.. Individu berusia 30-an yang dipercayai teman lelaki kepada ibu bayi berkenaan telah di tahan di Sungai Siput pada Selasa.

Lelaki berkenaan ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.